Koleksi Gambar Perkahwinan

Rasanya gambar ini sudah lama berada di dalam hard disk..Sengaja dikeluarkan untuk tatapan blog.Mungkin ramai yang menyangka aku mengambil wedding photography kan?Sebenarnya aku hanyalah mengambil gambar adik aku yang sudah berkahwin pada cuti bulan 7.Aku melihat fotographer yang diupah semasa majlis berlangsung tidak memuaskan hati kedua mempelai.Isteri kepada fotographer tersebut sempat memerli..tapi itu perkara biasa,kita ambil cabaran ini dan cuba untuk belajar dan memahami lagi tentang fotografi.Bak kata Alangraphy, fotografi bukan sekadar mengambil gambar tetapi melalui gambar,ia dapat menceritakan segalanya.
Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang diambil,rasanya masa itu baru sahaja berjinak-jinak dengan fotografi.

Post a Comment

2 Comments