Kisah Aku dan Nuffnang

Salam..entry hari ini hanyalah untuk menceritakan tentang diri.Rasanya sudah berbulan-bulan aku masuk ke alam blog ini,salah satunya adalah untuk kepuasan diri.Bagi aku, dengan kemahiran fotografi yang dipelajari dapat aku manfaatkan sebaik-baiknya.Bagi rakan-rakanku, mereka mungkin berminat jika dapat beli sportrim kereta,ekzos motor atau sebagainya dan mungkin menempelak jika membeli DSLR beribu-ribu harganya.Prinsip aku senang sahaja, mereka membeli barang-barang tersebut untuk kepuasan diri dan tidak dapat dirasai oleh orang lain tapi jika gambar diambil dengan menggunakan DSLR, hasilnya cantik dan dapat berkongsi kegembiraan dengan yang lain.Semuanya gembira jika gambar diambil dan menunjukkan muka senyum tatkala shutter count dilepaskan.

Jadi entry ini adalah untuk menceritakan tentang Nuffnang.Mungkin dalam minggu depan dapatlah aku cash out pendapatan Nuffnang yang pertama.Berapa? Biarlah rahsia bak kata Dato Siti Nurhaliza.Senang cerita, dapatlah makan besar satu malam untuk satu keluarga.


Sebahagian muka depan Nuffnang

Jadi aku akan terus menulis di dalam blog untuk memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran.Mungkin itu lebih baik bagi diriku dan semua sebab di dalam blog ini, aku hanya menjadi diriku, tidak perlu hipokrit untuk menjadi orang lain.

Post a Comment

1 Comments