Pada 12/12/10 yang lalu, aku diminta untuk hadir ke Pantai Morib untuk mengambil sijil fotografi. Mungkin juga kerana perjalanan yang jauh, rasa mengantuk pun ada untuk sampai ke destinasi tersebut. Kawan-kawan yang bersama-sama semasa kursus tersebut pun tidak datang kerana ada komitmen lain, jadi sepatutnya aku yang jadi wakil untuk mengambil sijil tersebut.
Jadi dengan adanya sijil tersebut, aku dapat melangkah lebih jauh di dalam fotografi ini.Tertarik dengan seorang rakan yang berbual dengan aku..pelanggan yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan sekarang pun sudah demand, bertanyakan tentang sijil fotografi. Jadi walaupun kita memegang DSLR, pastikan kita mempunyai pengetahuan tentang DSLR tersebut.Aku cuma mempunyai D3000, jadi pengetahuan aku hanyalah berkisar tentang D3000 sahaja. Jika orang bertanya tentang Canon, Sony atau sebagainya,aku terus angkat tangan, tidak tahu menahu tentang kamera tersebut.
0 Comments