Kelmarin telah berlangsungnya Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran DenaiHati.com. Banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan di dalam dunia blogging ini. Aku bersama isteri bertolak dari rumah kakak di Kota Damansara dan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Mungkin sebelum ini pernah mengikuti Sepetang Bersama Blogger 2013 yang diadakan di hotel yang sama, jadi perjalanan tidaklah tersesat seperti mula-mula datang.Anda boleh baca entri tersebut di sini.
Di dalam seminar itu juga, ada disediakan cabutan bertuah berupa Samsung Galaxy S4,Samsung Galaxy S3 mini, Samsung Corby, Ipad Mini, Pakej Kembara Kemboja, Universal Studios Singapore dan pelbagai lagi. Aku antara yang tidak bertuah tetapi bukan tujuan utama datang semata-mata hendak menang hadiah. Rezeki itu di tangan Allah, jika Allah ingin kita menang, maka rezeki itu berpihak kepada kita. Harap-harap lepas ni blog akan bertambah maju selepas menghadiri seminar tersebut.
Pengacara majlis, Hilal Azmi
Founder Denaihati Network bersama perasmi
Bacaan doa oleh Ustaz Noehas
Ucapan dari Founder Denaihati Network
Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden DPIM
Salah satu syarikat yang menaja seminar
Takkan serius kot
Pemenang IPad Mini
Persembahan Gwiyomi oleh NisaKay, Zarul Umbrella dan lupa nama
Isteri dan Ustazah Ain
Zarul dengan penuh penghayatan mengalunkan lagu
Penerangan saham online oleh Tuan Haji Zainal
Moderator Forum, Abang Ensem
NisaKay
Encik Titan
Penerangan Ebook oleh Encik Shuth
Amanz.my
Travel Blogger, Rayyan Harris
Kebanyakan gambar yang diambil dari tempat duduk sahaja. Adalah sekeping dua dari perspektif yang berlainan, namun tidak menjejaskan kualiti. Mungkin dari sudut fotografi, kebanyakan gambar yang diambil oleh aku sedikit noise kerana penggunaan ISO tinggi. Maklumlah, flash gedabak tertinggal di rumah kerana tidak mahu memberatkan bahu ketika mengambil gambar.
Akhir kata, haraplah dimaafkan kerana aku blogger tiada nama. Jadi kebarangkalian hendak menegur kurang sedikit tetapi sesungguhnya aku tidak sombong tetapi segan dengan semua.
12 Comments
Hi hi..
ReplyDeleteComel jer gambar last tu. Terima kasih sudi.drg mendengar..moga2 manfaat perkongsian rayyan tuu... :D
Sangat bermanfaat, tak sangka dengan blog dapat menjelajah keluar dari malaysia. Ada rezeki nak ikut jejak Rayyan, dapat menambah ilmu berada di negara orang..
Deletecantik cantik gambar tu bro
ReplyDeleteTerima kasih..xde cantik sangat dibandingkan dengan fotograper lain..
DeleteSyukran..terselit jg gambar
ReplyDeletedah macam adik beradik pulak tengok gambar wife bro dan ustazah ain.. hehehee
ReplyDeleteAdik & kakak yang mengajar satu sekolah :)
DeleteCantik gambar yang dihasilkan :)
ReplyDeleteDan setuju kata KiD, nampak wife Bro ngan ustazah seperti adik beradik :D
Gaya senyum nampak sama kot. Hihi!
Deleteyang mana satu tuan hamba ek?
ReplyDeletePretty! This has been an extremely wonderful article.
ReplyDeleteThanks for supplying these details.
Look at my blog :: maquillage
Hello, this weekend is pleasant in favor of me, as this time i am reading this impressive educational article
ReplyDeletehere at my residence.
My webpage: voyance Gratuite