Kami Bukan Pelesit Jalanan ( Kelantan )

Permulaan cuti sekolah yang lepas, kami telah mengadakan kembara bermotosikal ke Kelantan. Sepatutnya agendanya adalah untuk menakluk dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, tetapi hanya satu negeri sahaja yang dapat dilawati kerana sanak saudara daripada seorang ahli meninggal.

Kami bertolak dari Sabak Bernam pada pukul 10.05 malam, menyelusuri jalan Bota Kiri, Perak. Beberapa anggota kembara telah mencium bau 'wangi' apabila melalui kawasan tersebut. Kami singgah sebentar di suatu kedai makan di Bota Kiri untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Lebih kurang pukul 12.00 malam, kami bertolak dan menyelusuri Kuala Kangsar dan terus melalui Grik, Perak. Perjalanan yang memakan masa beberapa jam dan melalui kawasan Tasik Banding yang cantik panoramanya.

Berhenti sebentar isi minyak

Rehat sebentar

Kami rehat sebentar di Tasik Banding setelah berjam-jam memulas throtle. Seperti kebiasaan, perjalanan waktu pagi akan menempuh permandangan berkabus. Bagi kereta, boleh mengelap dengan viper tetapi dengan bermotosikal, kita terpaksa membuka cermin hadapan untuk pandangan lebih jelas. Syukurlah, tiada apa-apa yang berlaku ketika perjalanan itu.

Kami sampai ke Jeli, Kelantan lebih kurang pukul 6.00 pagi. Seperti biasa, mencari tempat untuk solat Subuh dan akhirnya singgah di Stesen Minyak Shell, Jeli.Selepas solat, kami mengambil keputusan untuk tidur sebentar menanti pagi.

Suasana pagi di Jeli

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami bersarapan di suatu warung di Jeli. Pelbagai lauk yang dapat dijamah tetapi tiada gambar pula hendak dikongsikan di sini. Jalan-jalan di Kelantan kebanyakannya dua hala dan akan menjadi kesesakan teruk di waktu puncak.

Di pintu masuk Thailand

 Di antara 2 negara

Sesudah membeli- belah di Rantau Panjang, kami mengambil keputusan untuk ke Kota Bharu. Salah seorang ahli hendak pergi ke rumah Tuan Guru Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka, tetapi tidak kesampaian kerana tidak tahu jalan. Kami singgah sebentar di Pantai Cahaya Bulan untuk menikmati keindahan pantai. Hajat di hati hendak bermalam di sana tetapi semuanya full booked, maklumlah cuti sekolah.

Kami meneruskan perjalanan balik melalui Kota Bharu- Kuala Krai. Beberapa tempat melalui kesesakan teruk sepanjang perjalanan tersebut.Maklumlah, aku ni lambat sedikit ketika bermotosikal kerana penumpuan yang lebih berbanding menaiki kereta.

 Menjamu laksa di Kuala Krai, sungguh sedap

Rehat sebentar di Kuala Krai, kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Di kala ini, jalan tidaklah sesibuk mana dan memecut melepasi Gua Musang sebelum malam. Kami sampai di RNR Gua Musang lebih kurang pukul 7 malam dan melalui Gua Musang- Lojing - Cameron Highlands.

 Bergambar di Gua Musang

Tiba-tiba di Lojing, hujan turun dengan lebatnya dan kami terpaksa redah kerana tiada tempat berteduh dan jalan licin. Kami memperlahankan motosikal dan sampai di simpang Cameron lebih kurang pukul 9.30 malam.

Setibanya di suatu kawasan kemalangan maut di Simpang Pulai, helmetku terasa seperti di senggol oleh ' sesuatu'. Tiba-tiba bulu romaku berdiri dan  terus mengekori rakan secara dekat. Memang kita mesti mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal apabila menunggang waktu malam. Ramai penunggang memberi cadangan supaya tidak menunggang waktu malam atas faktor keselamatan, tetapi ini adalah cabaran buat kami untuk membuktikan jentera motosikal berkeupayaan setanding jenama lain yang ada dalam pasaran.

Sampai di Petronas Simpang Pulai, Perak

Malam itu, kami mengambil keputusan untuk tidur di Petronas kerana terlalu kepenatan menunggang. Motorsikal berkuasa hanya 250 cc ke atas memang seronok dibawa kerana kestabilannya, tetapi manusia juga memerlukan rehat yang cukup untuk meneruskan perjalanan.

Keesokkannya, kami bersarapan di Tapah dan mandi-manda di Kuala Sungai Woh. Kawasan perkelahan ini memang terkenal dengan kolam air panas dan airnya jernih.

Kehijauan pokok yang mendamaikan

Akhirnya, pukul 12 tengahari, kami meninggalkan Kuala Sungai Woh dan meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan, ada kemalangan kecil berlaku di Tapah iaitu kereta 'terbang' masuk ke dalam parit. Bagiku, perjalanan kali ini paling mencabar mental dan fizikal dan jangan diikut jika anda tidak suka diselubungi MISTERI.



Post a Comment

10 Comments

  1. wau..bestnya..kalaulah boleh join sama...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang best, lepas ni ride malam, tak menganggu lalulintas...

      Delete
  3. Replies
    1. Ride malam ni sejuk je, elok untuk perjalanan jauh...siang2 kan panas, dorang tgk motor besar ' panas ' jer...

      Delete
  4. Baru dapat belit...hajat di hati nk ound semenanjung n amik cuti seminggu. Nk pi solo jek. Haha... dlu zaman dok blajo uitm oerak ride jalan jeli gerik tu pn slalu kne usik jgk. Siang pn depa kacau inikan malam2. Hoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah siang pun dikacau...kena pulas habis throtle baru ' dia' tak ikut...

      Delete