Semasa bertugas sebagai ahli jawatankuasa pelaksana, aku dapat mengambil beberapa gambar untuk kejohanan kali ini. Tidak seperti tahun-tahun lepas, mengambil gambar sukan menjadi kemestian jika membawa pelajar memasuki sesuatu kejohanan. Mungkin peringkat usia ditambah dengan faktor cuaca yang panas membantutkan hasratku untuk mengambil gambar kali ini.
Melancarkan serangan
Memperdaya lawan
Merancan strategi sebelum masuk padang
Merawat pemain yang cedera
Cubaan menggelecek pemain lawan
Membawa bola
Hantaran yang baik
Cubaan menjaringkan gol
Bertembung
Mengangkat tangan selepas menjaringkan gol
Percubaan yang dinafikan oleh penjaga gol
Bulan April terlalu banyak kejohanan yang berlangsung. Ini kerana jangkaan bulan Ramadhan yang jatuh pada penghujung bulan 6, maka banyak kejohanan yang berbentuk akademik dan kokurikulum diawalkan daripada biasa. Apa-apapun, majulah sukan untuk negara. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya.
0 Comments