Destinasi Percutian : Kidzania Kuala Lumpur

Semalam selepas habis aktiviti pagi di sekolah, isteri mengajak ke Kidzania. Sudah banyak entri mengenai Kidzania yang dibaca, cuma ingin merasai sendiri suasana di sana. Jika diikutkan, ini adalah perancangan " tidak sengaja " bagi memenuhi masa lapang di hari sabtu.

Bagi yang mempunyai keluarga, kena mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar. Dua orang dewasa, seorang kanak-kanak dan anak kecil = RM 165.00.Tiket bagi seorang kanak-kanak berharga RM 60. Pada ketika itu, begitu banyak bas rombongan sekolah datang ke sana menyebabkan kami terpaksa masuk dalam pukul 12.30 tengahari.

 Peace dulu sebelum masuk

 Jalan ke Kidzania

 Welcome To Kidzania International Airport

 Papan Penunjuk Arah

Semua tak nak pandang kamera

 Waktu-waktu antarabangsa

 Kaunter Walk In

 Membelek tiket dahulu

 Tiket " Flight " Kidzania

 Bermain permainan dulu

 Permainan untuk umur bawah 4 tahun

Bagi yang membeli tiket secara berkumpulan, mereka berbaris di Level 2. Selalunya yang berkumpulan adalah rombongan dari sekolah. Manakala perseorangan ataupun berkeluarga, mereka boleh berbaris di Level 1. Ada kaunter online dan juga walk in disediakan.

 Apa kaitan Ironman dengan Kidzania ?

 Syarikat yang terlibat di dalam Kidzania

 Menaiki eskalator ke Level 5

 Scan dulu sebelum masuk

 Kidzania CAMP yang akan dijalankan pada 30 November

 Teater

 Beratur dulu untuk mengambil duit

 Menerima duit dari kaunter

 Saya dapat duit

 Akademi Lakonan

 Studio Lukisan

Menjadi pelajar

Di dalam Kidzania, ada 90 pekerjaan yang boleh dicuba. Kebanyakan kanak-kanak ini menyukai bomba, CSI, wartawan, pembaca berita, penyampai radio, juruterbang dan juga jurukamera. Pendek kata, semua pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri.

 Ahli bomba

 Menjadi Posmen

 Pemandu ambulans

 Menanti giliran

 Posmen perempuan

 Menghantar barang ke destinasi

 Selesai tugas, dapatlah upah

 Plaza Kemerdekaan

 Sekolah Mewarna

 Wartawan mencari berita

 Beratur untuk menaiki kenderaan

 Memadam kebakaran

 PLUS Expressways

 Penari- penari 

 Boleh cuba untuk menjadi jurutera

 Tempat untuk kanak-kanak bawah 4 tahun

 Memerhati anak 

 Untuk kanak-kanak tadika

 Penunjuk arah di bahagian atas

 Seperti rekaan Eropah

 Hospital

 Bilik permainan Video

 Studio TV3

 Pembaca Berita

 Jurukamera

Balai Bomba

Destinasi ini menjadi penuh ketika musim cuti sekolah. Hari Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum ia dibuka pada 2 sesi, 10.00 pagi - 3.00 petang & 4.00 petang - 9.00 malam. Hari Ahad sehingga Jumaat ia dibuka dari 10.00 pagi- 5.00 petang. 

Post a Comment

2 Comments

  1. "terima kasih ayah sebab bawa ibu & kami ke sini" - Amir & Amar

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang sangat berkesan dan bermanfaat untuk anak-anak.

    ReplyDelete