Setelah 2 tahun membiarkan blog menyepi, hari ini terdetik untuk membuat kemunculan semula. Banyak perkara yang ingin dikongsikan walaupun melihat sekarang ramai orang yang ingin menjadi youtuber. Banyak kenangan yang berlaku dalam tempoh menyepi. Kadangkala aku melihat ada blogger yang beralih kepada youtuber kerana mungkin merasakan trend terkini yang mahukan lebih glamour. Itu pendapat masing-masing dan aku tidak menyalahkan jika ada yang tidak sependapat dengan aku.
Aku juga pernah juga dirisik kerana penulisanku di dalam blog ini. Isunya panas berkenaan politik kerana memuatkan gambar seorang ahli politik. Alhamdulillah, aku tidak dikenakan apa-apa tindakan. Bagi seorang blogger/youtuber, mereka seharusnya mengambil sikap berhati-hati di dalam menulis agar tidak menyinggung perasaan ataupun sensitiviti di dalam negara.
Banyak kenangan yang berlaku semasa blog ini tercipta. Kadangkala aku menjadi pengganti blogger ciklaili.com untuk event yang memerlukan liputan dari para blogger. Contohnya Majlis Pelancaran Naza Cerato. Apabila berhadapan dengan majlis tersebut, kita mestilah berpakaian kemas kerana majlis itu dihadiri oleh VVIP. Kadangkala majlis-majlis di sekolah menjadi juru gambar untuk dimuatkan di dalam blog.
Kamera yang digunakan dahulu telah mengalami kerosakan. Mungkin dengan comeback, hanya akan menggunakan kamera kompak ataupun telefon bimbit. Bagi yang belum mengikuti aku di facebook, bolehlah like page lensapujangga. Harapan aku semoga blog ini akan memberi inspirasi dan maklumat yang baik untuk diamalkan di dunia ini.
2 Comments
Welcome back :-)
ReplyDeleteTerima kasih..
Delete