Ramai di antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada duit gaji untuk disimpan di dalam bank bagi kegunaan pada masa akan datang, seperti simpanan untuk menunaikan ibadah haji. Tahukah anda Tabung Haji telah memperkenalkan kemudahan untuk urusan yang berkaitan dengan Tabung Haji yang dikenali sebagai THiJARI. Anda boleh menyemak baki, melihat penyata akaun 3 bulan terakhir, memindahkan wang dari akaun TH ke akaun tabung haji yang lain, pendaftaran haji, dan sebagainya.
Kempen Daftar Haji Melalui THCC, Pendaftaran THiJARI Dan Kemaskini Profil Peribadi sedang diadakan bermula pada 1 November 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Tujuan utama kempen ini diadakan adalah menggalakkan pendeposit untuk menggunakan kemudahan THiJARI bagi memudahkan sebarang urusan TH dalam talian (online).
Pada masa yang sama kempen ini juga untuk menghebahkan kemudahan terkini yang menyokong perkhidmatan dalam talian (online) dan digital kepada pendepositnya di samping menggalakkan pendeposit untuk mengemaskini maklumat profil peribadi dan pendaftaran haji melalui THCC bagi memudahkan urusan TH.
Pendeposit TH berumur 18 tahun ke atas dan perlu melaksanakan SALAH SATU urusan berikut :
- Daftar Haji Melalui THCC
- Pendaftaran THiJARI (Pengguna baru)
- Kemaskini Profil Peribadi (Kali pertama)
Cara Mendaftar THiJARI
1. Pergi ke laman web ThiJARI https://www.thijari.com.my
2. Click Daftar untuk mendaftar akaun.
3. Taip No. Kad Pengenalan dan No. Akaun TH. Click Seterusnya untuk pendaftaran.
4. Taip No. Telefon Berdaftar dan click Hantar. Pastikan anda telah mendaftarkan no telefon ini di mana-mana cawangan TH
5. Click Mohon TAC untuk aktifkan akaun.
6. Masukkan No TAC yang dihantar melalui No. Telefon Berdaftar. Kemudian click Mohon TAC.
7. Masukkan ID Pengguna untuk login dan lengkapkan segala butiran. Di bahagian bawah sekali terdapat pilihan Gambar Keselamatan dan buat 1 pilihan sahaja.
8. Baca Terma dan Syarat dan kemudian click Terima Terma dan Syarat. Click Hantar untuk proses pengaktifan.
9. Akaun THiJARI anda telah berjaya didaftarkan. Anda boleh login menggunakan ID dan kata laluan yang dibuat semasa pendaftaran.
Anda juga boleh menonton video di bawah :
0 Comments