Trip Houseboat Kenyir 1.0

 Alhamdulillah, perancangan ke Tasik Kenyir yang tertangguh dari bulan Mac telah direalisasikan pada cuti sekolah yang lepas. Trip kali ini dapat masuk ke houseboat pada 8,9 dan 10 Jun dan banyak meninggalkan kenangan manis pada semua.

Singgah berehat di RNR 

Perjalanan diteruskan lagi sehingga sampai ke Ajil dan Ustaz Habrun bertemu dengan rakan beliau.

Perbincangan ilmiah bersama rakan Ustaz di Ajil

Selepas bertemu, kami meneruskan perjalanan lagi ke Tasik Kenyir yang menjangkau 43 kilometer yang memakan masa 34 minit perjalanan. Nampaknya kami juga tersesat kerana kawasan tersebut terlalu gelap untuk dilalui di waktu malam. Bagi yang ingin memendekkan masa perjalanan ke Kelantan, mereka juga melalui Felda Aring dan akhirnya tembus ke Gua Musang, Kelantan. Perjalanan ini juga bagi yang ingin ke Cameron Highlands dari arah pantai timur.

Kami akhirnya sampai di houseboat pada pukul 1.30 pagi. Malam itu tidur ke houseboat sebelum memulakan perjalanan pada keesokkan hari.

Santai di houseboat

Kami bertolak dari jeti menuju ke kawasan memancing pada pukul 9.00 pagi. Bagi yang tidak biasa dengan menaiki bot, bolehlah mengambil pil mabuk.

Kata-kata semangat dari Ustaz Habrun

Bersama Cikgu Nor Azman

Perjalanan menuju ke lubuk memancing memakan masa 4 jam 30 minit perjalanan bot. Bagi yang ingin melarikan diri sebentar dari kesibukan whatsapp ataupun telegram, bolehlah menaiki bot kerana selama berada di lubuk, tiada talian telefon.


Kawasan yang dituju adalah berdekatan Taman Negara iaitu 36 kilometer menaiki bot. Keindahan alam yang terpancar menjadikan kita insan yang bersyukur melihatnya. Ratusan pulau menghiasi Tasik Kenyir di sepanjang perjalanan menuju ke lubuk tersebut.


Bagi yang ingin menghubungi houseboat tersebut, di atas ini saya sertakan nombor telefon. Insyaallah harga yang berpatutan dari pengusaha houseboat tersebut.


Di atas adalah lukisan Kartunis Ujang yang popular dengan Majalah Gila-Gila dan Ujang. Beliau juga kadang-kala trip bersama houseboat, memancing bersama jika ada masa terluang daripada beliau.

Akhirnya kami sampai di tempat lubuk  pada pukul 1.30 petang. Aktiviti seterusnya memasang pancing dan umpan untuk memancing.

Penerangan tentang pancing oleh Ustaz Habrun

Aku macam biasalah, mendengar sambil belajar tentang memancing. Memancing ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapat ikan. Pelbagai tips dan kata nasihat dari Ustaz Habrun menceritakan pengalaman memancing.

Senja di Tasik Kenyir

Malam itu kami dapat menonton perlawanan bolasepak di antara Turkmenistan melawan Malaysia. Keputusan berpihak kepada Malaysia iaitu 3-1 menang menentang Turkmenistan.

TV terbelah sikit

Suasana di waktu malam memang sejuk dan paling mengejutkan, tiada nyamuk yang menghiasi malam ketika tidur. Jadi dengan ketiadaan bunyi deringan telefon, menjadikan waktu-waktu di Tasik Kenyir menjadi sunyi.


Aktiviti setiap hari adalah memancing. Pihak houseboat juga menyediakan pancing untuk memancing ikan-ikan kecil seperti lampan, sebarau dan sebagainya. Manakala jika hendak memancing ikan yang sukar seperti toman di atas skil memancing masing-masing.

Ustaz Habrun bersama Cikgu Shahril

Pengusaha houseboat juga menyediakan bot untuk memancing di sungai ataupun air terjun. Ia juga menjadikan trip kali ini lebih bermakna cuma aku je yang tidak berani lagi masuk ke bot dan pergi ke sungai tersebut.


Antara hasil tangkapan ikan


Kepuasan terpancar di muka apabila dapat menakluk ikan toman. Ikan ini adalah pemburu ikan di Tasik Kenyir menjadikan keseronokan berganda apabila dapat menangkapnya. Tokey houseboat juga menyediakan masakan toman masak halia yang amat sedap.

Toman masak halia

Bersarapan di bot sebelum memancing toman


Hari terakhir di houseboat, Cikgu Shahril memasak nasi minyak yang sedap. Waktu balik menuju ke jeti adalah pada pukul 10.30 pagi dan sampai dan jangkaan sampai pukul 3.30 petang.

Pertembungan dengan houseboat yang lain

Alhamdulillah, kami sampai ke jeti pada pukul 2.52 petang, setengah jam awal dari jangkaan sampai. Syukur dapat pergi dan sampai dengan selamat dengan menjadikan trip ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Bergambar kenangan di houseboat sebelum balik

Bagi yang ingin merasai pengalaman houseboat, aku telah sertakan nama dan nombor telefon untuk dihubungi. Insyaallah jika dipanjangkan umur, rasanya akan ikut lagi trip ke sini.



Post a Comment

1 Comments